Kembara Ke Kehidupan Lebih Sihat; Bukit Broga.

Hari : Ahad.
Tarikh : 11 Julai 2010.
Tempat : Bukit Broga, Semenyih, Selangor Darul Ehsan.
Aktiviti : Ekspedisi Mendaki Bukit Broga.





Pada pagi Ahad, kami berkumpul di kawasan tempat letak kereta MSU. Kami telah disusun mengikut kumpulan; merah, kuning, hijau dan merah jambu. Kemudian kami diberi taklimat dan beberapa tips serta peringatan sebagai persediaan sebelum mendaki. Tepat jam 5 pagi, kami menaiki bas untuk bertolak ke Bukit Broga. Kami sempat singgah bersembahyang Subuh berjemaah di masjid berdekatan. 15 minit kemudian, kami tiba di kaki bukit. Setibanya kami di sana, kami telah diberikan sebotol air mineral dan 100 Plus, dua bungkus roti sebagai sarapan serta tidak lupa sebiji belon berisi air setiap orang sebagai barang amanah. Lebih kurang sejam kemudian, kami akhirnya tiba di puncak, setelah mengharungi beberapa kesukaran seperti denai yang licin dan sesak dengan manusia, Pemandangan matahari terbit menyambut ketibaan kami. Suasana disana sangat mendamaikan dan memikat jiwa. Setelah puas bergambar dan berehat, kami berjalan menuruni bukit pula. Setibanya di kaki bukit dan setelah siap berkumpul, kami menaiki bas dan berangkat pulang. Pengalaman masin (peluh) ini, tidak akan kami lupakan. Semoga berjumpa lagi Bukit Broga!!!

0 comments:

Post a Comment